Archive for the 'Hadits' Category

Al-Yawaqitu Wal-Jawahir : BAB AKIBAT BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SHOLAT

﴿ الباب الأول فى عقوبة تارك الصلاة ﴾

– Ini bab yang pertama pada menyatakan siksa orang yang meninggalkan sembahyang – 

(( بسم الله الرحمن الرحيم ))

Firman (الله تعالى) di dalam Al-Quran:: 

﴿ وأقيموا الصلاة ان الصلاة كانت على المؤمنين كتابا موقوتا ﴾

yakni  

Dirikan oleh kamu akan sembahyang, bahawasanya sembahyang itu adalah ia atas segala orang yang beriman yang difardhukan berwaktu atas mereka itu. 

Dan lagi firman (الله تعالى) di dalam Al-Quran:: 

﴿ فخلف من بعدهم خلف أضاعوا الصلاة واتبعوا الشهوات فسوف يلقون غيا الامن تاب ﴾

yakni  

Maka telah mengganti-ganti kemudian daripada mereka itu oleh yang mengganti yakni ‘anbiya (iaitu para Nabi) awal-awal yang mengganti; amat mereka itu meninggalkan mereka itu akan sembahyang dan mengikut mereka itu akan syahwatnya yakni meninggalkan sembahyang; maka lalu dimasukkan ke dalam neraka melainkan orang yang taubat pada meninggalkan sembahyang serta diqadha sembahyang yang ditinggalkannya maka tiada disiksakan ke dalam neraka. 

Dan lagi firman (الله تعالى) di dalam Al-Quran::

﴿ فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساحون ﴾

yakni  

Maka dimasukkan (الله تعالى) ke dalam neraka yang adalah mereka itu lalai dan lupa yakni ditinggalkan akan sembahyang. 

Telah berkata Ibnu Abbas (رضى الله عنهما)::   ( Dan adapun ) yang dinamakan Wail (ويل) itu satu wadi yakni tempat dalam antara dua gunung di dalam api neraka Jahannam minta’ tolong daripadanya kepada (الله تعالى) api neraka Jahannam daripada panasnya, dan wadi itu tempat kediaman orang yang menta’khirkan sembahyang daripada waktunya, istimewa pula (ya’ni apatah lagi akan) orang yang meninggalkan sembahyang selama-lamanya. 

( Inilah ) siksanya orang yang meninggalkan sembahyang yang demikian disebutkan di dalam Al-Quran dan beberapa ayat Al-Quran. 

Yang lain daripada itu lagi sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم):: 

﴿ ما فرقوا بين المسلم والمنافق إلا بترك الصلاة فإن تركها جاحدا لوجوبها كان كافرا ﴾ 

yakni  

Tiada berbeza antara orang yang Islam dan antara orang yang munafik melainkan orang yang meninggalkan sembahyang. Maka apabila ditinggalkan dia pada hal en(g)kar ia bagi wajibnya maka adalah ia kafir dengan nyata kerana munafik itu pada zahirnya Islam dan bathinnya kafir. 

Dan lagi satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawasanya (baginda menyatakan::) Barang siapa memudahkan dan meringankan akan sembahyang disiksa akan dia oleh (الله تعالى) dengan lima belas siksa-Nya (ya’ni lima belas siksaan daripada (الله تعالى)). Enam siksa-Nya (ya’ni enam siksaan daripada (الله تعالى)) di dalam dunia, dan tiga siksa-Nya (ya’ni tiga siksaan daripada (الله تعالى)) pada waktu matinya, dan tiga siksa-Nya (ya’ni tiga siksaan daripada (الله تعالى)) pada waktu di dalam quburnya, dan tiga siksa-Nya (ya’ni tiga siksaan daripada (الله تعالى)) waktu bertemu dengan Tuhannya pada hari Qiamat.  

Maka sembah seorang shahabat: Ya Rasulullah! Apa jua suatu baginya siksa di dalam dunia ini(?) Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  

( yang pertamanya ) dihilangkan (الله تعالى) berkat umurnya( dan yang keduanya ) dihilangkan oleh (الله تعالى) rezkinya( dan yang ketiganya ) dihilangkan (الله تعالى) tanda sekelian orang yang shaleh pada mukanya daripada cahayanya( dan yang keempatnya ) tiada baginya di dalam Islam( dan yang kelimanya ) segala amal yang diperbuatnya akan dia daripada segala kebajikan tiada diberi pahala atasnya( dan yang keenamnya ) tiada diangkat baginya do’anya ke langit. 

Maka sembah seorang shahabat: Ya Rasulullah! Apa jua suatu daripadanya rupa siksa pada ketika matinya(?) Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: 

( yang pertama ) adalah pada mati ia di dalam kehinaan( dan yang keduanya ) mati pada hal ia di dalam lapar( dan yang ketiganya ) mati pada hal ia di dalam dahaga dan jikalau diminumkan sekelian air di dalam dunia ini niscaya tiada puas dahaganya. 

Maka sembah shahabat: Ya Rasulullah! Apa jua suatu siksa di dalam quburnya(?) Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  

( yang pertama ) disempitkan (الله تعالى) akan kuburnya( dan yang keduanya ) digelapkan (الله تعالى) atasnya akan kuburnya( dan yang ketiganya ) disuruhkan dengan dia akan suatu Malaikat mesiksa (iaitu menyiksa) akan dia di dalam quburnya hingga hari Qiamat. 

Kata setengah ulama disuruhkan (الله تعالى) atasnya di dalam quburnya satu ular yang besar,  

¤ namanya (شجاع الاقراع), ¤ matanya daripada api neraka, dan ¤ kukunya daripada besi, panjangnya tiap-tiap satu kukunya setengah daripada perjalanan satu hari dan adalah sertanya pemukul daripda besi(.)  

Maka berkata ia akan mayat itu suaranya seperti petir yang amat keras pada hal berkata ia disuruhkan akan daku oleh Tuhan-ku bahawa aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang subuh hingga sampai kepada waktu dzuhur, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang dzuhur hingga ‘asar, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang ‘asar hingga maghrib, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang maghrib hingga ke ‘isya’, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang isya’ hingga ke subuh.  

Maka tiap-tiap sekali pukul itu termasuk ke dalam bumi tujuh puluh hasta. Maka dimasukkan oleh malaikat itu akan kukunya ke bumi maka mengeluarkan ia akan dia kemudian dipukul akan dia. Maka sentiasalah di dalam pukul malaikat itu hingga hari Qiamat (نعوذ بالله من ذلك). 

( Adapun ) siksanya pada ketika bertemu dengan Tuhan-nya::  

( Yang pertamanya ) apabila pecahlah sekalian langit maka datanglah satu malaikat yang mensiksanya (iaitu menyiksanya). Dan adalah pada tangannya (iaitu tangan malaikat itu) rantai panjangnya tujuh puluh hasta. (M)aka menaruh ia akan dia pada tengkuknya kemudian memasukkan ia akan dia pada mulutnya dan mengeluarkan ia akan dia daripada duburnya. (K)emudian dihelanya sekali tertiaraplah atas mukanya dan sekali terlentang atas belakangnya padahal menyeru ia dan katanya:  ”( inilah ) balasan orang yang meninggalkan segala yang difardhukan (الله تعالى)”.  

Kemudian membawa ia dengan dia masuk ke dalam Neraka (ya’ni malaikat itu kemudiannya membawa orang yang disiksa itu ke Neraka). 

( Dan lagi kata ) Sayyidina Abdullah bin ‘Abbas (رضى الله عنهما)::  

Jikalau ada satu cincin daripada rantai yang tersebut itu jatuh atas bumi niscaya terbakarlah ia akan bumi dengan sekalian isinya. 

( Dan yang keduanya ) tiada tilik (الله تعالى) kepadanya dengan tilik kesihanan dan rahmat.( Dan yang ketiganya ) tiada ampun (الله تعالى) atasnya dan baginya siksa yang amat pedis (iaitu amat pedih atau amat sakit sekali). 

Hai sekalian saudara yang beriman di dalam hatinya setimbang semut yang kecil di dalam hatinya (ya’ni yang mempunyai iman yang sangat sedikit sekalipun di dalam hati), betapa hal berani meninggalkan sembahyang dengan u(m)pama siksa yang tersebut di dalam Al-Quran dan hadits ini. Tiada seorang yang berani meninggalkan sekalian yang difardhukan (الله تعالى) (iaitu setelah mendengar atau mengetahui begitu berat sekali siksa yang akan diterima) melainkan orang yang tiada ampunya imannya (ya’ni jika masih lagi berani meninggalkan sembahyang, maka tidak lain tidak bukan orang itu mungkin tidak mempunyai iman lagi sama sekali). Maka orang yang tiada ampunya iman itu kafir, bukannya orang yang Islam, kerana tiada beza antara orang yang Islam dan kafir. 

( Inilah nasihat ) yang hamba sebutkan dia pada sekalian saudara yang Islam jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang, dan zakat, dan puasa ramadhan, dan haji ke Baitullah jikalau kuasa berjalan kepadanya, kerana agama Islam diperbuat (الله تعالى) dengan lima perkara seperti yang tersebut di dalam hadits:: 

﴿ بُنِىَ اْلاِسْلاَمَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أ َنْ لاَإِلـهَ إِلاَّ الله ُ وَأ َنَّ مُحَمَّدً ارَسُولُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَاِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصَوْمَ رَمَضَانُ وَحَجَّ الْبَيْتِ مَن اْستَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلاً ﴾  yakni diperbuat Islam itu atas lima perkara:: 

( pertama ) mengucap dua kalimah syahadah ( dan keduanya ) mendirikan sembahyang lima waktu ( dan ketiganya ) memberi zakat ( dan keempatnya ) puasa pada bulan Ramadhan ( dan kelimanya ) naik haji barang siapa kuasa berjalan kepadanya (iaitu ke Baitullah). 

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  ﴿ الصلاة عماد الدين ومن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد ترك الدين ﴾ 

Bermula sembahyang itu tiang agama; dan barang siapa mendirikan dia (ya’ni mendirikan atau mengerjakan sembahyang), maka (se)sungguhnya telah mendirikan ia akan agama; dan barang siapa meninggalkan dia (ya’ni meninggalkan sembahyang) maka (se)sungguhnya telah meruntuhkan ia akan agamanya(.) 

Dan satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), bahawa sanya bersabda ia (ya’ni Nabi (صلى الله عليه وسلم) bersabda::)  

Barang siapa sembahyang subuh pada hal ia berjemaah di dalam empat puluh hari, dan tiada lepas di dalam satu rakaat (ya’ni tiada satu raka’at pun yang ia lakukan yang tidak bersama jema’ah selama 40 hari) niscaya di suruh (الله تعالى) baginya dua kelepasan::( pertamanya ) lepas ia daripada Neraka ( dan keduanya ) lepas ia daripada (tergolong kepada golongan) munafiq. 

Dan satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), bahawasanya bersabda ia (ya’ni Nabi (صلى الله عليه وسلم) bersabda::)  

Barang siapa sembahyang subuh pada hal ia berjemaah, kemudian duduk ia serta menyebut ia akan (الله تعالى) dengan suatu Zikrullah hingga terbit matahari dengan tiada berkata-kata dengan suatu perkataan dunia serta meng(h)adap ia akan Qiblat, maka disuratkan baginya pahala haji dan umrah yang sempurna tiga kali. 

Dan tersebut pada suatu riwayat yang lain, diperbuatkan oleh (الله تعالى) baginya di dalam Syurga Firdaus tujuh puluh mahligai daripada emas dan perak. 

Dan tersebut pada suatu satu riwayat yang lain diberi pahalanya seperti memerdekakan (hamba) sahaya (sebanyak) delapan puluh (orang). 

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: 

( Bermula ) u(m)pama sembahyang lima waktu adalah ia seperti sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu. Maka mandilah ia daripadanya pada tiap-tiap hari lima kali. Adakah tinggal lagi atasnya dakinya(?)  

Maka sembah sekalian sahabat:: 

Tiada tinggal ya Rasulullah(.)   Maka sabdanya (ya’ni sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم)::)  

Demikianlah sembahyang lima waktu itu men(h)apuskan segala dosa(.) 

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  

( Barang siapa ) memeliharakan akan wudhu’nya, dan segala waktunya, ruku’nya, dan sujudnya, serta mengetahui bahawasanya yang tersebut itu (tadi) wajib atasnya, maka adalah ia diharamkan ia (الله تعالى) jasadnya masuk ke dalam api Neraka Jahannam. 

Dan sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  

( Barang siapa ) memeliharakan atas sembahyang, adalah dikurnia-i baginya cahaya dan kelepasan daripada api Neraka pada hari Qiamat. 

Dan lagi satu riwayat daripada Saiyidina Anas (رضى الله عنه) dengan katanya::  

Adalah roh Nabi (صلى الله عليه وسلم) pada dadanya ya’ni tatkala ia hampir waktu wafat, pada hal bersabda ia, aku berwasiat akan kamu dengan sembahyang lima, jangan sesekali kamu tinggalkan;  

dan lagi aku berwasiat akan kamu dengan (hamba) sahaya yang kamu milik. (Nota:: Pada zaman ini di mana perhambaan boleh dikatakan tiada, sabda ini terangkum atau termasuklah sekali ke atas orang gaji atau orang suruhan atau pembantu yang di bawah kuasaan kita, dan yang seumpamanya. (والله أعلم)). Maka jangan sesekali kamu sakiti dengan barang apa kerjaan yang tiada kuasa ia (lakukan).  

Maka sentiasalah berwasiat dengan yang demikian itu hingga putus perkataan (baginda (صلى الله عليه وسلم)) lalu ia wafat. 

Dan sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  

Apabila meninggalkan oleh seorang hamba akan suatu fardhu, maka disuratkan namanya (ya’ni dituliskan nama orang yang meninggalkan satu fardhu sembahyang itu di) atas pintu Neraka Jahannam. 

Dan pada suatu riwayat daripada Saiyidina ‘Abdullah Bin ‘Abbas (رضى الله عنهما), berkata ia :: Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم):: 

﴿ قُوْلُواْ الَّلهُمَّ لاَ تَدَعْ فِيْنَا شَقِيًا وَلاَ مَحْرُومًا ﴾

Ertinya:: 

“Hai Tuhanku! Jangan kiranya engkau taruh atas kami celaka dan jangan engkau jadikan kepada orang yang meninggalkan sembahyang”  Inilah doa (yang) disuruh Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) dibaca supaya jangan meninggalkan orang yang membaca pada tiap-tiap waktu selama masa dibacakan doa ini, kerana bahawasanya yang meninggalkan itu (iaitu yang meninggalkan sembahyang itu)  

¤ tiada baginya Islam, dan ¤ tiada diterima tauhid dan imannya, dan ¤ (tiada diterima akan amalan) sedeqahnya, dan ¤ (tiada diterima akan amalan) puasanya, dan ¤ (tiada diterima akan) syahadatnya, dan ¤ (tiada diterima akan) saksinya, dan ¤ diputuskan (الله) daripada rahmatNya. 

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::  ( Bermula ) orang yang meninggalkan sembahyang itu di dalam sihatnya (ya’ni orang itu meninggalkan sembahyang sedangkan ia tiada keuzuran atau dalam keadaan sihat), tiada ditilik oleh (الله تعالى) dengan tilik rahmat, dan tiada diampun akan dia, dan menyiksa baginya dengan siksa yang amat pedis (iaitu amat siksa atau amat pedih) melainkan ia (ber)taubat. 


Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: ( Bermula ) sepuluh orang yang daripada umatku dimurkai (الله تعالى) atas mereka itu pada hari Qiamat, dan disuruhkan bawa dengan mereka itu kepada api Neraka, pada hal sungguhnya gugur daging muka mereka itu. Maka sembah seorang sahabat:: Apa jua amal mereka itu ya Rasulullah(?) Maka sabdanya:: 

( Pertamanya ) iaitu seorang (yang) sudah lampau umurnya empat puluh tahun (40 tahun) maka ia berzina( dan keduanya ) iaitu imam yang dusta( dan yang ketiganya ) yang mengekali minum arak dan tuak( dan yang keempatnya ) orang yang derhaka bagi ibubapa-nya( dan yang kelimanya ) orang yang berjalan dengan mengu(m)pat-u(m)pat( dan yang keenamnya ) orang yang mengadu-ngadu( dan yang ketujuhnya ) orang yang (men)jadi saksi dengan dusta (iaitu saksi palsu)( dan yang kelapannya ) orang yang meninggalkan memberi zakat( dan yang kesembilannya ) orang yang dzalim dengan (h)arta orang Islam( dan yang kesepuluhnya ) orang yang meninggalkan sembahyang  

melainkan ia (ber)taubat akan segala dosanya yang tersebut itu.  

Maka ketahui olehmu bahawasanya orang yang meninggalkan sembahyang itu diganda-ganda baginya siksa. Maka didatangkan (iaitu dia dibawa) pada hari Qiamat sungguhnya (dalam keadaan) telah dibelenggukan kedua tangannya, dan dihimpunkan keduanya (iaitu kedua tangannya, (والله أعلم)) pada tengkuknya, pada hal malaikat memukul mereka itu. Dan dibukakan baginya pintu neraka Jahannam, maka dimasukkanlah ia pada (iaitu melalui) pintunya seperti anak panah pada segeranya (yang dalam keadaan yang amat pantas). Maka jatuhlah ia terdahulu kepalanya tersulang ke bawah hingga sampai kepada Qarun dan Haman yang terkebawah daripada Neraka. 

Dan satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawasanya bersabda ia::  

Tiada halal mengambil zakat bagi orang yang meninggalkan sembahyang. 

Maka sabdanya (lagi::)  

Jangan kamu diam sekampung dengan dia, dan jangan sekedudukan akan dia kerana bahawasanya laknat (الله تعالى) turun atasnya. 

( Dan lagi ) sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: 

( Awal-awal suatu ) yang dihitamkan pada hari Qiamat [ ialah ] muka orang yang meninggalkan sembahyang. 

Dan suatu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawa sanya bersabda ia:: 

Aku lihat seorang laki-laki daripada umatku didatangkan akan dia Malakul Maut (ملك الموت) pada hal laki-laki itu orang yang berbuat bakti bagi ibu bapanya, maka menolakkan ia daripadanya oleh baktinya akan Sakaratul Maut – (سكرة الموت) (;)dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, sungguhnya telah dikeraskan (iaitu siksa) atas kuburnya, maka didatangkan akan dia wudhu’ (orang itu), maka melepaskan dia daripada siksa kuburnya (;) 

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, sungguhnya telah mengelilingkan akan dia oleh Malaikat Zabaniah – (زبانية) (iaitu Malaikat yang menjaga di Neraka di bawah ketua mereka iaitu Malaikat Malik) hendak menyiksa akan dia, maka didatangkan zikirnya dan tasbihnya melepaskan akan dia daripada siksa mereka itu (;) 

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, sungguhnya telah mengelilingkan akan dia oleh Malaikat ’Azab – (العذاب) akan menyiksa akan dia, maka datang akan dia sembahyangnya melepaskan akan dia daripada siksa mereka itu (;) 

dan aku lihat seorang lagi daripada umatku bahawasanya terjulur lidahnya pada bersemat-semat (برسمة٢) daripada masa, maka didatangkan akan dia puasanya maka memberi minum ia akan dia (;) 

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, pada hadapannya gelap dan pada bawahnya gelap, maka didatang akan dia hajinya dan umrahnya mengeluarkan keduanya akan dia daripadanya (iaitu daripada kegelapan itu;) 

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, tiada berkata-kata ia akan segala orang yang mukminin pada hal sekelian orang yang mukminin itu berkata-kata mereka itu daripadanya, maka datang akan dia Silatur Rahim – (صيلة الرحيم) ya’ni menghubungkan bersanak saudara, maka berkata ia (ya’ni SIlatur Rahim itu berkata kepada) sekelian orang yang mukminin berkata olehmu kerana bahawa sanya laki-laki itu adalah ia menghubungkan bersanak saudaranya (;) 

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku telah bernyala-nyala api Neraka dan panas dengan tangannya daripada mukanya, maka didatangkan akan dia sedeqahnya itu mendinding atas mukanya dan menjadi payung atas kepalanya. 

Dan suatu riwayat Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: 

Api neraka Jahannam itu dinamakan baginya Wadi Wail – (وادى ويل), maka adalah di dalamnya ular dan kala (yang mana) panjangnya tiap-tiap satu ular itu perjalanan sebulan, menggigit ia akan orang yang meninggalkan sembahyang, maka mendidihlah bisanya di dalam tubuhnya itu tujuh puluh tahun. Kemudian maka bercerailah dagingnya dengan segala tulangnya. ﴿ نعوذبالله من النار ومن غضب الجبار ﴾ – Kami berlindung dengan (الله تعالى) daripada api Neraka dan daripada murka-Nya Tuhan yang Amat Keras.  

﴿ والله سبحانه وتعالى أعلم  

والله الموفق أعلم ؛ وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون؛ وغفل عن ذكره الغا فلون ؛ والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

sumber : Roudhah.net

KEDUDUKAN HADITS DI SISI AGAMA ISLAM

 السلام عليكم ورحمة الله

KEDUDUKAN HADITS DI SISI AGAMA ISLAM

Hadits-hadits Rasulullah saw yang dikumpul dan direkodkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i, dan lain-lain (yang mana jumlahnya ialah seramai  23 orang – ke-enam-enam tadi – yang diakui sebagai pengumpul dan perekod hadits itu) adalah sumber kedua selepas Al-Quran.

Hadits adalah apa yang direkodkan yang terdiri daripada perkataan Nabi saw, perbuatan Nabi saw, dan apa saja yang didiamkan Nabi saw menunjukkan kebenarannya dilakukan.

Sumber kepada hadits-hadits yang menceritakan perilaku rasul saw itu adalah wahyu daripada Allah Ta’ala sendiri.

Wahyu adalah yang diturunkan atas perintah Allah Ta’ala kepada Nabi saw, yang mana himpunan wahyu-wahyu ini jadilah apa yang dipanggil Al-Quran, manakala hadits adalah juga wahyu daripada Allah Ta’ala kepada Nabi saw tetapi bukanlah ayat Quran.

Hadits adalah sumber yang ke-2 selepas al-Quran. Dalam pengistibatan atau pengeluaran hukum hakam agama Islam, hadits-hadits shahih dan hasan dapat digunakan sebagai dalil selepas ayat-ayat Al-Quran.

Hadits-hadits dhoif diterima sebagai dalil untuk sesuatu amalan fadha’il (iaitu fadha’il amal – kelebihan untuk amalan), tetapi tidak boleh digunakan sebagai dalil hukum hakam melainkan dengan caranya yang memerlukan penjelasan tersendiri.

Hadits-hadits palsu tertolak sama sekali.

Dalil akan kedudukan hadits-hadits Rasulullah saw dalam perkara ini adalah firman Allah Ta’ala yang saya sebutkan sebelum ini, Surah Al-Hasyr, ayat 7::

﴿ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴾

Maksudnya::

Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasul Allah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.

Satu lagi dalilnya adalah, firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Najm, ayat 3-4::

﴿ وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى ﴾

Maksudnya::

Dan ia (iaitu Nabi Muhammad saw) tidak memperkatakan (sesuatu yang berbohong dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pandangannya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadits) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

Jadi, jelas hadits-hadits yang dikenalpasti shahih, hasan dan dhoif mengikut pentarafan melainkan yang palsu juga adalah sebenarnya wahyu daripada Allah Ta’ala kepada nabi saw yang bukan Quran, tetapi haditslah.

Wallahu Subhanahu Wa Ta’ala A’lam.

Sekian.

Hadits : “Lapar”

السلام عليكم ورحمة الله

Suatu hadits secara umumnya adalah perkataan yang disebutkan oleh Nabi (صلى الله عليه وسلم), perbuatannya sama ada mendiamkannya, atau menegahnya, dan apa sahaja perkara yang dilakukan oleh baginda (صلى الله عليه وسلم).

Demikianlah persoalan pasal serban. Sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul Allah semasa berusia 40 tahun, baginda (صلى الله عليه وسلم) memakai serban. Begitu juga datuknya, moyangnya, dan sebagainya, kerana ianya tradisi orang Arab. Bagaimanapun, apabila Nabi (صلى الله عليه وسلم) diangkat menjadi Rasul Allah, serban yang dipakainya sudah menjadi suatu amalan sunnah yang mana hukumnya jatuh sunat. (Cukup setakat ini dulu bincang soal ilmu hadits).

Saya nak sebut satu hadits yang selalu dilupakan orang iaitu satu hadits yang paling panjang yang memerlukan masa selama hampir 23 tahun untuk meriwayatkannya. Oleh kerana terlalu panjang, maka kitapun selalu terlupa hadis ini.

Hadits ini berhubung dengan perkara lapar. Ketika wahyu pertama turun, Nabi berada dalam keadaan lapar. Dalam banyak waktu lain Nabi berada dalam keadaan sedikit kenyang dan banyak berlapar. Adakalanya perutnya diikat. Sehinggalah disaat kewafatannya, Nabi mengosongkan perutnya. Wafatnya dalam keadaan lapar. Rupanya, tatkala wafatnya Nabi barulah hadits lapar ini tamat!!!

Demikianlah hadits yang demikian panjang. Tetapi sering dilupakan… Kerana terlupa hadis ini, lahirlah ramai ‘ulama’ terlebih muatan. Ada dikalangan mereka juga yang merupakan ‘ulama” hadis… Maka berhujahlah mereka tatkala berhujah dengan akal terkurung dan hati yang mati.

Demikianlah berlaku apabila kita berada dizaman yang jauh dengan Nabi. Maka kefahamanpun menjadi semakin jauh. Perkara yang ditafsir dizaman para tabi’in yang begitu panjang lebar, menjadi terlalu ringkas dizaman ini.

Lalu kita berkata tafsiran mereka perlu panjang lebar kerana akal mereka begitu. Perlu penerangan yang panjang baru mereka boleh faham. Sedangkan kita tak perlu terlalu panjang kerana akal kita zaman ini lebih canggih dan moden!!! Maka berhujahlah kita dengan akal kita yang canggih manggih itu…

Sebagai contoh:

Ulamak dahulu mentafsirkan iman itu sebagai ‘membenarkan dengan hati, mengucap dengan lidah dan mengamalkannya dengan perbuatan’.

Tetapi hari ini ada orang mentafsirkan iman itu sebagai percaya. Maka sesiapa yang percaya akan adanya tuhan maka dia dikira beriman.

Sesungguhnya banyak masalah dunia dan juga (ke) akhirat berpunca dari perut! Tapi jangan salah faham dengan orang buncit sebab dikatakan Sayyidina Ali karramallahu Wajhah pun mempunyai perut yang besar. Cuma Imam Ali selalu berlapar.

“Kalam” yang tak jemu didengar…

Wallahu Muwafiqu A’lam

-= x =-

-Roudhah.Net


KALENDAR

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Malaysian Muslim Blog

  • Malaysian Muslim Blogs

Tajdid

  • Pro-Tajdid Segar

Statistik

  • 61,659 lawatan