Surah Al-Lail, ayat 8 – 10

السلام عليكم ورحمة الله

Firman Allah Ta’ala, Surah Al-Lail 8-10::

﴿ وَ أَمَّامَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى – وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى – فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرى

Ertinya::

(Sebaliknya) : orang-orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan), dan merasa dirinya (serba) cukup dengan kekayaan dan kemewahannya ;

Serta ia mendustakan perkara yang baik;

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;”

HURAIAN::

1. Maksud “orang-orang yang bakhil” ini adalah orang yang bakhil dari segi keduniaan, bukan kedekut harta benda sahaja.

Misalnya, masa dia tidak mahu diluangkan untuk nak pergi sembahyang jemaah hatta surau atau masjid sebelah atau depan rumah, menuntut ilmu, mentelaah kitab; bersilatur rahim, berkawan tegur menegur dan sebagainya seumpamanya.

2. Maksud “merasa dirinya (serba) cukup” (Astaghna, Istigna’) itu pula dengan kata lain “terkaya” atau “berpada“. Selain daripada maksud kekayaan dan kemewahan, maksudnya juga adalah seperti misal-misal berikut::

a) Dengar azan, ada benda penting lain lagi nak buat, alah akupun sembahyang jugak.

b) “Hek eleh aku pun baca juga kitab/buku.”Dia tidak sedar iblis lagi berkata-kata dengan Tuhan dahulunya, tapi ilmunya ilmu zahiriah pada pandangan kasarnya, maka jadilah dia engkar lalu kufur mematuhi perintah Allah agar sujud ta’zim sebagai tanda hormat kepada Nabi Adam a.s.

c) Sibuklah, aku nak cari rezeki jugak. Mana ada Islam ajar orang jadi papa.

d) Wah… macam cendawan ulama tumbuh.

e) Orang berusaha nak memaham dan nak menguraikan masalah kusut soal murtad, dia dok sibuk kata mana ada, mufti pembohong, ketinggalan zaman, dan macam-macam lagi bantahannya.

dan berbagai bentuk lagi bantahan, sanggahan dan penolakannya.

Pendek kata segala soal yang bersangkut paut dengan agama dianggapnya remeh, tidak penting, boleh buat kemudian, dunia dia lagi penting, cari makan penting dan seumpamanya. Alasannya sahaja, sedangkan di sudut hatinya meluat sungguh. Itu saja sebenarnya yakni hakikatnya.

Dia tidak sedar dan katanya dia sudah cukup kaya, mewah, banyak amal bersedeqah, naik haji, umrah, zakat, dan segala macam yang dikatakan hasanat (kebaikan) sedangkan perkara itu sebenarnya jauh tersembunyi melanggar syariat, hak Allah Taala, dan hak para manusia. Jadi belum tentu Allah Taala terima.

3. Maksud “serta ia mendustakan perkara yang baik” itu ialah kalimah “husna” iaitu kalimah (لااله الا الله؛ محمد رسول الله)

• Oleh kerana dia bakhil serba serbi aspeknya, dan baginya ada benda lain lebih penting lagi dari mendalami ilmu agama semoga mendapat redha Allah, dan

• oleh kerana dia merasa berpada atau serba cukup,

maka dia mendustakan kalimah tauhid iaitu Lailaha Illa Allah, Muhammadar Rasulullah, dan tuntutan dan hak kalimah husna ini yang perlu dipenuhi

4. “Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.

Maksudnya, maka dipermudahkan orang-orang sedemikian jalan ke neraka dan segala kesengsaraannya.

Itulah sifat-sifat orang-orang yang merupakan ahli neraka dari segi ilmu pengetahuan yang kami perolehi.

Wallahu Muwafiqu A’lam. Wassalam.

0 Responses to “Surah Al-Lail, ayat 8 – 10”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s





%d bloggers like this: