Surah Al-Fatihah, Ayat 1

 

سُوْرَةُ الفَاتِحَةِ

 

 

 

بِسْم ِاللهِ الرَّحْمانِ الرَّحِيْم.

 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَِيْنَ ؛ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ ؛ وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ هُمْ قُدْوَةُ الْعَارِفِيْنَ ؛ وَعَلى تَابِعِيْهِمْ وَتَابِعِى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانِ إِلى يَوْمِ الدِّيْنِ. وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ ؛

أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَة، وَكُلَّ ضَلاَلَة فِي النَّار.

 

 

مَكِيَّةٌ وَآيَاتُهَا سَبْعٌ

عَدَدُالسُّوْرَةِ (١)

Bilangan Surah (1)

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ * الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ*  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ *

 



 

سُوْرَةُ الفَاتِحَةِ، مَكِيَّةٌ وَآيَاتُهَا سَبْعٌ (٧)

Surah Fatihah, turun di Makkah dan (bilangan) ayat-ayatnya tujuh.

 

Istilah As-Surah – (اَاسُّوْرَةُ) itu asal maknanya adalah::

(( اَلْمَنْزِلَةُ مِنْ مَنَازِلِ الإِرْتِفَاعِ ))

yang mana ertinya:

 

“Satu pangkat daripada beberapa peringkat yang tertinggi dan kemuliaan”.

 

Juga maknanya pagar-pagar kampung, kota, dan negeri, yang tertinggi jadi sempadan dan benteng.

 

Surah Quran yang dikehendaki maknanya di sini adalah::

 

”Beberapa potong ayat-ayat Allah yang mempunyai kelebihan ditanda-tandakan dengan permulaan dan ditamatkan dengan kesudahan. Dimulai dengan (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ), ditamatkan dengan (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ).”

 



 

1- ﴿ بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 



 

1.         Bahawasanya Allah (سبحانه وتعالى), telah mengajar adab akan nabi-Nya Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dan umatnya sekelian satu sunnah yang dibuat sunat dengannya, dan satu jalan yang diikut dengannya, pada memulakan perkataan dan perbuatan; juga segala pekerjaan yang mempunyai cita-cita yang baik (pada syara’), dengan mendahulukan menyebut nama Allah, yang mana segala nama-nama-Nya yang baik, di hadapan perkataan dan perbuatan dan segala pekerjaan, iaitu (بسم الله الرحمن الرحيم).  Firman Allah [ Surah Al-’Alaq, ayat 1]::

 

﴿ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Ertinya::


            ”Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang telah menjadikan.”

 

2.         [اسم الله] – nama Allah, iaitu nama bagi dzat (ذات) – maksudnya diri Allah yang wajibal wujud yang disembah sebagai Tuhan sekelian makhluk.

 

 

3.         Kalimah [الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ] – Yang Pemurah Yang Mengasihani. Dua kalimah ini (iaitu (الرَّحْمٰنِ) – Ar-Rahmaan dan (الرَّحِيـمِ) – Ar-Rahiim) diambil daripada (رحمة) – Rahmah, yang ertinya adalah ”kasih sayang”. Maka kasih Allah Ta’ala kepada sekelian hamba-Nya yang telah dijadikan oleh-Nya, kecil dan besar, kaya dan miskin, mulia dan hina, kafir dan mukmin, taat dan maksiat. Allah Ta’ala mempunyai  sifat kasih sayang sebagai Tuhan dengan hamba-Nya, dan sebagai yang menjadikan (khaliq) dengan yang dijadikan (makhluk).

 

Lafaz yang berbunyi (الرَّحْمٰنِ) itu, mengandungi makna kasih sayang Allah Ta’ala yang terlampau sangat. Jadi maknanya umum dan luas meliputi sekelian makhluk-Nya, segala peringkat dan martabat, mukmin dan kafir, taat dan maksiat, sehingga semut yang kecil sekalipun.

 

Lafaz yang berbunyi (الرَّحِيـمِ) itu, adalah maknanya kasih sayang yang amat sangat tetapi tidak meliputi maknanya kepada setiap makhluk, hanya mengenai makhluk-makhluk-Nya yang istimewa sahaja, iaitu hamba-hamba-Nya yang beriman dan taat.

 

Demikianlah perbezaan antara lafaz (الرَّحْمٰنِ) dan (الرَّحِيـمِ). Kedua-duanya diambil daripada (رحمة) jua.

 

Abu Said Al-Khudri (رضى الله عنه) berkata, telah berkata Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): Bahawasanya ’Isa anak Maryam telah berkata:

 

(( اَلرَّحْمَانُ رَحْمَانُ الدُّنْبَا وَالآخِرَةِ، وَالرَّحِيْمُ الآخِرَةِ ))

Ertinya::

 

            “Pemurah Tuhan Rahmaan itu pemurah-Nya di Akhirat dan dunia, dan pengasihani Tuhan Ar-Rahiim itu ialah pengasihani-Nya di dalam Akhirat sahaja.”

 

Takwil ayat [بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ] ini ”aku mula dan aku baca dengan nama Allah yang bersifat Pemurah mengurniakan segala nikmat-nikmat-Nya kepada sekelian hamba makhluk Nya, dan Ia bersifat Pengasihani mengurniakan segala nikmat-nikmat yang indah kepada hamba-hamba yang taat dan beribadat kepada-Nya.

 

4.         Ayat (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) ini adalah sebahagian daripada satu ayat di dalam Surah An-Naml iaitu ayat 30, iaitu::

 

﴿ إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴾

Ertinya::

 

            Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,”

 

Nabi (صلى الله عليه وسلم) kemudiannya telah memerintahkan supaya diletakkan akan (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) itu pada permulaan tiap-tiap Surah di dalam Al-Quran.

 

 

5.         Ayat (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) ini adalah satu ayat yang tamam (lengkap) dan satu ayat daripada ayat-ayat Surah Fatihah, iaitu ayat pertama. Oleh itu tidak sah membaca Fatihah sebagai salah satu rukun sembahyang melainkan dengan membaca (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) pada permulaannya. Dan ianya sunat dijaharkan (yakni keras atau kuatkan suara) bacaannya pada sembahyang yang sunat dijaharkan bacaan Fatihahnya. Demikianlah pada mazhab Asy-Syafi’e.

 

 

6.         Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam shahihnya, Anas bin Malik (رضى الله عنه) berkata:

 

            “Aku sembahyang di belakang nabi (صلى الله عليه وسلم) , dan di belakang Abu Bakr Ash-Shiddiq, dan di belakang Umar bin Al-Khattab, dan di belakang Utsman bin Affan. Maka adalah mereka itu telah memulakan bacaan Fatihah  sembahyang dengan membaca (ٱلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ) dengan tiada membaca (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ), tidak pada awalnya, dan tidak pada akhirnya.”

 

Demikianlah pada mazhab Abu Hanifah (mazhab Hanafi) dan mazhab-mazhab lain, tiada mereka membaca  akan (بِسمِ ٱلله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) pada permulaan Fatihah, dan tidak menjaharkan pada sembahyang yang jahar.

 

 

والله الموفق أعلم ؛ وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون؛ وغفل عن ذكره الغا فلون ؛ والسلام عليكم ورحمة الله

 Dipetik dari:: http://www.roudhah.net/

About these ads

1 Response to “Surah Al-Fatihah, Ayat 1”



  1. 1 British Jewry Jejak balik bagi Julai 8, 2007 at 7:26 pm

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s





Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: