Persoalan Nikah Muta’ah

السلام عليكم ورحمة الله

PERBEZAAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH DALAM SOAL NIKAH MUTA’AH.

Saya terpaksa menerangkan ini kerana ada pihak sudah terlalu kerap menganjurkan pernikahan muta’ah dengan membawa dalil ayat Quran Surah An-Nisa’ ayat 24. Ini untuk menyuluh semula pegangan agama kita dalam soal ini.

1. PENGENALAN

Nikah mut’ah adalah satu fatwa sesat daripada golongan Syiah.

Cara nikah mut’ah itu ialah dua orang laki-laki dan perempuan tanpa wali dan tanpa saksi bernikah dengan akad, misalnya “mengahwini sipolan selama satu minggu dengan upah sebanyak 5000.00″. Seterusnya mereka bergaul seminggu dan sesudah seminggu nikahnya itu terbatal dengan sendirinya.

Eddah wanita bercerai dari nikah mut’ah ini adalah 2 kali haidh wanita yang berhaidh, dan 45 hari bagi wanita yang tidak berhaidh.

Nikah mut’ah boleh dibuat dengan apa saja wanita, tidak perlu mengikut ketetapan syara’ sehingga empat sahaja sebagaimana kahwin yang biasa.

2. DALIL NASH YANG TERBABIT

Firman Allah Ta’ala [ Surah An-Nisa'] ayat 24::

﴿ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاء إِلاَّ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاء ذَلِكُمْ أَن تَبْتَغُواْ بِأَمْوَالِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيماً حَكِيماً

Ertinya::

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki [ - iaitu hamba sahaya yang dimiliki dengan jalan tawanan dalam perang Sabil, yang suaminya tidak tertawan sama - ].( Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan ke atas kamu).Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.

Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).

Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama-sama oleh kamu (suami isteri), sudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya).

Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat bijaksana.”

3. PERBEZAAN TAFSIRAN ANTARA SYIAH DAN SUNNI

3.1 GOLONGAN SYIAH::

Golongan Syiah menafsirkan ayat di atas [ khususnya daripada "famastamta'tum bihi ... hingga ... faridhotan ] sebagaimana berikut::

( Menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta’ dengan mereka, berikanlah kepada mereka upah mereka sebagai suatu kewajiban”.

Menurut golongan Syiah, kita boleh istimta’ (iaitu bersenang-senang) dengan wanita asalkan dibayar upahnya, dan istimta’ itu ialah mut’ah menurut mereka.

3.2 GOLONGAN SUNNI atau AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ringkasnya Sunni atau ASWJ, berpegang bahawa nikah mut’ah itu sama hukumnya dengan zina, terlarang lagi haram.

Erti ayat ke-24 Surah An-Nisa’ di atas bukanlah menghalalkan mut’ah, tetapi ayat yang berkaitan dengan soal nikah. Erti yang sebenar dari frasa ayat mulai dari “famastamta’tum bihi … hingga … faridhotan” itu ialah::

Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).

Ujur” dalam ayat itu bukan bermaksud “upah” tetapi bererti “mahar” atau “mas kahwin“. Ini jelas diterangkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 25 Surah An-Nisa’::

﴿ وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلاً أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مِّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ وَاللّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلاَ مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ وَأَن تَصْبِرُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya::

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba sahaya itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula).Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut.

Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.

Kemudian setelah mereka (perempuan hamba sahaya itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan kepada perempuan-perempuan yang merdeka.

( Hukum perkahwinan ) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba sahaya) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan perempuan hamba) itu adalah lebih baik bagi kamu.

Dan (ingatlah) Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.

Frasa ayat “fankihu hunna bi izni … hingga … bil ma’ruf” di atas jelas menyatakan::

Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut.

Di sinilah letaknya kesalahan golongan Syiah yang mana mereka menghalalkan yang haram kerana tersalah dalam menafsirkan erti “ujur” sebagaimana yang diterangkan sendiri oleh ayat yang lain (iaitu ayat 25 di atas, iaitu maskahwin).

About these ads

2 Respon to “Persoalan Nikah Muta’ah”


  1. 1 hudz Mei 17, 2007 at 1:24 pm

    Assalamualaikum w.b.t,

    Terima kasih di atas penerangan di atas..
    Bagaimana pula dengan nikah misyar?adakah nikah misyar mempunyai signifikan yang sama dengan nikah mutah?

    Terimas.

  2. 2 istibsar November 1, 2008 at 3:57 am

    salam..saudaraku yang dikasihi…pertma sekali syiah tidak menganggap itu sebagai upah..malahan sebagai mahar juga sebagaimana yang biasa berlaku dalam nikah daim atau mutaah…jadi samada nikah mutaah atau nikah daim kedua2nya sama..ada mahar…ada ijab qabul…ada walinya bagi yang masih dara…cuma bezany mutaah bertempoh tetapi daim tidak bertempoh…dan didalam kitab2 hadith yang menjadi sandaran sunni sendiri hadith2 yang menyatakan pengharaman mutaah itu berbeza2 dn bercanggah2 samada dalam persoalan siapa yang melarangnya dan bila waktu bermula larangnnya…sebahagian hadith menyatakan Rasulallah(sawa) yang melarangnya dan sebahagian hadith pula menyatakan sebahagian sahabat terus melakukannya pada zaman pemerintahan abu bakar sehinggalah omar bin alkhattab melarangnya.terima kasih…wAllahul alim…


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s





Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: